Lampiran A 1

 

ULASAN  TEKNIKAL PERMOHONAN  GALIAN

 

1.          Semua pembangunan projek hendaklah berpandukan kepada Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) iaitu Kawalan Kuantiti Air Larian (Runoff Quantity Control) dan juga Kawalan Kualiti Larian Air Larian (Runoff Quality Control).

 

2.         Bagi Kawalan Kuantiti Air Larian, kriteria-kriteria berikut perlu dipatuhi:-

 

2.1         Sistem saliran utama (major) dan sistem saliran kecil (minor) hendaklah dirancang dan mengikut bentuk sistem saliran sedia ada.

 

2.2        Aliran larian dari kawasan tadahan hendaklah dikekalkan kepada sistem saliran semulajadi seida ada di mana ianya hendaklah sama dengan kapasiti sistem saliran sedia ada dihilir. Air larian selepas pembangunan hendaklah sama atau kurang sebelum pembangunan (Qpost development    Qpre development).

 

2.3         Kemudahan MSMA hendaklah direkabentuk agar kadar aliran puncak selepas pembangunan (post development peak discharge rate) untuk kala ulangan (2yr, 10yr, 50yr dan 100yr ARI) mestilah kurang dari sebelum pembangunan (2yr, 10yr, 50yr dan 100yr ARI) mengikut Jadual 4.1 dan 4.2 di dalam  MSMA.   Kriteria yang lebih ketat diperlukan untuk kawasan yang lebih sensitive.

 

2.4        Tidak ada sistem saliran yang dibina disalurkan terus kepada sistem saliran sedia ada (existing receiving water) tanpa sebarang kawalan mengikut criteria yang ditetapkan dalam Jadual 4.2 di dalam MSMA.

 

2.5        Semua kawasan pembangunan baru hendaklah disediakan dengan sistem saliran minor untuk kapasiti tidak kurang daripada 10yr ARI seperti yang diterangkan di dalam jadual 4.1 MSMA.

 

2.6        Kemudahan sistem saliran kecil  (minor drainage system) mungkin terdiri daripada kombinasi saluran paip (pipe drain), `swale’, saluran terbuka (open drain) dan `engineered waterway’ untuk kawasan tadahan kurang daripada 20 hektar.

 

2.7         Kemudahan sistem saliran utama ( major drainage system) perlulah disediakan untuk kawasan pembangunan yang mempunyai kawasan tadahan yang sama atau lebih dari 40 hektar. Rekabentuk sistem saliran hendaklah 100yr ARI atau seperti yang diterangkan di dalam Jadual 4.1 di dalam Manual.

 

2.8        Sistem saluran untuk kawasan saliran daripada 20 – 40 hektar hendaklah direkabentuk berdasarkan kepada 50 yr ARI.

 

2.9        Aras tanah (platform level) untuk semua kawasan pembangunan baru (new development) dan kawasan pembangunan semula (redevelopment) hendak ditambak dari paras banjir untuk 100 ARI dengan kelegaan 0.3m (0.3m freeboard).

 

2.10     Mengalirkan air larian dari kawasan pembangunan kepada sistem tadahan yang lain adalah dilarang.

 

2.11     Rizab yang mencukupi hendaklah disediakan untuk sistem saluran yang terletak di kawasan lot individu (private) untuk kemudahan penyelenggaraan. Rujuk MSMA untuk penentuan rezab sistem saluran.

 

2.12     Menyediakan storan yang mencukupi seperti kolam takungan bagi menampung aliran tambahan akibat pembangunan dengan rekabentuk kala ulangan 1 in 50 yr ARI dan sesuatu kawasan pembangunan tanpa ianya melimpah kepada saluran keluar (secondary outlet spillay).

 

2.13     Aluran keluar utama (primary outlet) dari kolam takungan hendaklah direkabentuk untuk mengurangkan aliran puncak selepas pembangunan (post development peak flow) untuk 2yr ARI (minor primary outlet) dan 59yr (major primary outlet).

 

2.14     `Outfall structure’ hendaklah disaluran keluar dan pelan terperinci mengenainya hendaklah dikemukakan untuk ulasan selanjutnya.

 

 

3.      Untuk Kawalan Kualiti Air Larian kriteria berikut perlu dipatuhi:-

 

3.1     Semasa Pembinaan (During Contruction).

 

3.1.1    Kawalan hakisan dan kelodak hendaklah disediakan untuk semua kawasan pembangunan untuk mengelakkan sebanyak yang mungkin pengangkutan kelodak dari kawasan pembangunan ke kawasan bersebelahan atau ke sistem saliran akibat dari kerja-kerja pembersihan dan perataan tanah.

 

3.1.2    Kolam kelodak (sediment basin) /perangkap kelodak (sediment trap) hendaklah disediakan.

 

3.1.3    Kolam perangkap kelodak (sediment pond) /perangkap kelodak (sediment trap) hendaklah berupaya menahan minimum 70% untuk `coarse sediment’ >0.04mm untuk hujan rekabentuk 3 month ARI bagi kerja pembinaan  < 2 tahun dan 6 month ARI untuk pembinaan > 2 tahun.

 

3.1.4    Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak Perlu disediakan dan dikemukakan untuk kawasan pembangunan yang melebihi dariapda 1.0 hek. Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak perlu ditandatangani oleh Jurutera Bertauliah (professional Engineer) untuk kawasan pembangunan melebihi 1 hektar. Pelan perlu disediakan berdasarkan kepada fasa-fasa pembinaan terutamanya semasa kerja-kerja perataan tanah dan kerja-kerja tanah (pre-bulk) grading plan) dan semasa pembinaan (post-bulk grading plan).

 

3.1.5.   Kawalan Hakisan dan Kelodak hendaklah dilaksanakan semasa pembinaan dan semasa aktiviti kerja-kerja tanah (earthwork phase).

 

3.1.6.   Kerja-kerja pembersihan tanah (land clearing hendaklah tidak dibenarkan sebelum dibina perangkap kelodak di tapak (sediment basin on site).

 

3.1.7    Sistem Kawalan Hakisan dan Kelodak hendaklah sentiasa berfungsi dan diselenggarakan dengan baik sepanjang tempoh pembinaan sehingga diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

 

3.2        Selepas Pembinaan (Post Contruction)

 

                    3.2.1      Semua aliran air yang keluar dari kawasan rancangannya/pembangunan                                                   tidak dibenarkan disalur keluar daripada kawasan pembangunan tanpa                                               dirawat terlebih dahulu. Pemaju perlu meletakkan kemudahan amalan-                                     amalan terbaik (BMP’s) seperti perangkap sampah, `thrash screen’ atau cara                                            lain yang lebih sesuai bagi mengurangkan pencemaran air.

 

3.2.2      Sebarang aliran keluar (stormwater runoff) discharges untuk kawasan

              sensitive perlu dilaksanakan BMP’s yang telah diluluskan untuk kawasan            tersebut.

 

3.2.3    Amalan kejuruteraan penyusupan  tanpa rawatan awalan hendaklah dilarang.

 

 

4.            Astetik

               

4.1               Kemudahan sistem saliran hendaklah direkabentuk dengan nilai-nilai astetik untuk mempertingkatkan keindahan kawasan tersebut dengan lanskap yang bersesuaian.

 

    4.2         Landskap yang bersesuaian adalah diperlukan untuk `engineered waterway’    sistem sungai sedia ada dan kolam takungan.

 

5.    Operasi dan Penyenggaraan

 

5.1             Semua kemudahan sistem saliran mesra alam (stormwater management facilities) hendaklah direkabentuk dengan mengambil kira ianya mudah diselenggarakan dengan menyediakan laluan yang bersesuaian untuk kemudahan penyenggaraan.

 

   5.2         Semua sistem mesra alam perlu disediakan jadual yang sesuai untuk                                          penyelenggaraan.

6.           Pembangunan Berhadapan Sungai

 

6.1          Semua pembangunan hendalah mengambilkira konsep pembangunan berhadapan sungai dan mengikut Garispanduan Pembangunan Berhadapan Sungai yang dikeluarkan oleh JPS.

 

7.            Rizab Sungai

 

7.1          Semua pembangunan yang melalui kawasan sungai perlu menyediakan rizab sungai mengikut lebar sungai seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Penentuan Rizab Sungai yang dikeluarkan oleh JPS.

 

7.2          Memasang pagar keselamatan dan pagar sempadan sepanjang sungai sedia ada dan jenis pagar tersebut perlu mendapat kelulusan JPS.

 

7.3          Pemohon dikehendaki menyediakan lintasan di mana saluran keluar merintangi rizab parit/sungai sedia ada agar kerja-kerja penyelenggaraan tidak terjejas.

 

8.           Dokumentasi

 

8.1          Untuk memudahkan kelulusan pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di dalam `Application For Submission Plans For Landuse Conversion and Land Submission Plans Drainage and Stormwater Management Review Checklist’ dan `Application For Submission Plns For Erosion and Sediment Control Review Checklist’ yang boleh didapati di JPS.

 

8.2         Laporan Hidrologi dan Hidraulik hendaklah dikemukakan oleh Juruperunding bertauliah.